Monday, 9 April 2012

Enjoy with my short-story =)

TERIMA KASIH CIKGU!


 Muhammad Iqram bin Dolhi. Itulah nama yang telah diberikan oleh kedua ibubapaku. Aku telah dibesarkan dalam suasana yang serba mewah. Bapaku seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal  sehingga mendapat gelaran Dato’. Ibuku pula seorang pengusaha restoran mewah yang diberi nama Zaleha’s Cooking. Apa yang membuatku bangga pada ibuku ialah restorannya telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan dan dia telah berjaya memperluaskan cawangannya ke serata negara dan telah mempunyai sebuah cawangan di Perancis. Akan tetapi, walaupun aku dilimpahi kemewahan, tetapi aku tidak pernah merasakan kasih sayang yang patut aku terima oleh mereka kerana mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

Oleh kerana kekayaan yang dimiliki, aku tidak pernah sekali pun memikirkan fasal pempelajaran. Tidak pernah dalam usia hidupku menelaah buku dengan penuh khusyuk kerana bagiku belajar ini membosankan dan sia-sia kerana aku beranggapan yang harta ibubapaku tidak akan habis. Oleh sebab itu, aku menghabiskan masaku dengan ‘enjoy’ sahaja. Tetapi aku selalu digesa oleh bapaku untuk ke sekolah kerana tahun ini aku akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Di sekolah pula, aku amat terkenal dengan kenakalanku. Setakat bergaduh, buli, ponteng sewaktu pnp itu sudah menjadi tabiat ku. Guru-guru disekolah pun sudah masak dengan perangaiku. Dalam sejarah hidupku semasa di sekolah, aku tidak terlepas daripada menerima  hukuman disiplin. Terlalu banyak surat-surat amaran yang aku terima daripada guru dan tidak terlepas juga untuk berhadapan dengan pengetua. Pernah satu ketika ibubapaku dipanggil untuk berhadapan dengan pengetua atas kes pecah masuk ke kawasan sekolah pada malam hari untuk mencuri kertas ujian. Walaupun peperiksaan tidaklah berapa penting bagiku tetapi aku telah dicabar oleh rakan-rakanku. Dengan cara itu, gelaran gangster di sekolah akan aku miliki tetapi malangnya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Dompet ku terjatuh sewaktu di dalam bilik guru dan aku tidak perasan. Guru Hasyim yang merangkap guru disiplin di sekolah itu telah Berjaya menangkapku. Oleh sebab itu, aku digantung persekolahan. Tidak tahu bagaimana rasanya, aku terlalu gembira kerana tidak perlu bersekolah.




Tetapi, keseronokan yang aku miliki itu ditarik kerana sumber kewangan ku iaitu kad kredit ku telah disekat oleh ayahku. Aku berasa seperti beg duit yang kosong. Dalam waktu yang sama juga, orang tua ku pergi ke luar negara kerana mempunyai urusan kerja. Selepas tamat hukuman, aku ke sekolah semula. Kring!… loceng rehat telah berbunyi. Ada seorang pelajar telah menyuruhku ke pejabat katanya Puan Rafidah yang memanggilku. Katanya ada berita penting yang ada kena mengena dengan ibu bapaku. Aku bergegas menemui Puan Rafidah. Sebaik saja aku tiba dimuka pintu pejabat,Puan Rafidah memberitahuku bahawa kedua orang tuaku telah meninggal. Kapal terbang yang dinaiki oleh kedua ibubapaku telah terhempas. Airmataku mengalir dengan sebegitu deras seperti air terjun yang mengalir. Hatiku berdegup kencang, kerana begitu cepat mereka pergi meninggalkan aku dan aku tidak sempat untuk mendapat kasih-sayang  yang secukupnya daripada mereka. Mengapa tuhan, mengapa.

Hari berganti hari. Aku tidak dapat mengawal emosi, aku hampir membuat perkara yang bodoh iaitu dengan mengelar tangan sendiri., tapi nasib baik orang gajiku sempat menyelamatkan ku dan aku dimasukkan ke wad. Ramai guru datang melawatku. Aku  seperti melukut ditepi gantang. Lalu datang guruku yang bernama Cikgu Hafiz yang bersimpati dengan ku dan mengambil ku untuk dijadikn anak angkatnya. Pada mulanya aku membantah kerana aku masih bersedih dengan kehilangan orang tua ku. Tapi setelah dipujuk, aku bersetuju.

Setelah sembuh, aku dipindahkan ke rumah Cikgu Hafiz. Keadaan rumahnya tidaklah begitu mewah seperti rumahku. Aku berasa begitu janggal kerana masih tidak dapat menyesuaikan diri dengannya. Jika dulu akau selalu meminta apa sahaja daripada orang gajiku, tapi kini semuanya lain. Aku harus berdikari. Cikgu Hafiz banyak memberiku motivasi. Dia lah yang telah mengajarku tentang agama, kehidupa, dan apa yang perlu dikejar semasa hidup. Cikgu Hafiz pernah berkata pada ku yang hidup ini sementara, kita harus bersyukur dan harus memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Kata-kata itu aku pegang sehinggalah aku tamat persekolahan. Selepas habis SPM, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke lua negara kerana keputusan ku yang terpuji.



4 tahun berlalu, aku telah berjaya mendapat segulung  ijazah. Aku pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Cikgu Hafiz. Aku mencarinya dan mendapati dia telah berkahwin dan telah berpindah. Jiran ku memberiku alamat dimana Cikgu Hafiz tinggal. Aku bergegas ke rumahnya. Setibanya di rumah Cikgu Hafiz, aku memeluknya dan mengucapkan terima kasih kerana mengajarkan erti hidup yang sebenar. Terima kasih cikgu.
           
(699 patah perkataan)




No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
kdg2 kita tdk mghagai cinta...knp?? sbb,kta blum mrsai khlngan dia... kdg2 kita rsai cinta dia,tp msih xpcya,np?? sbb... kita sllu fikir negatif ttg dia.. kdg2 kita xsdr ati kita btl2 mnyayangi dia,knp?? sbb,kita tnjuk ego xnk mngalah.. hgailah org yg sygkn kita..sbb kita akan mncarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi.. sesal pun sudah tiada guna... ♥